Friday, October 25, 2013

Hello Kitty Town

Minggu lepas percutian pertama kami bersama Aqis..hehehe... Mula2 tu ingat nk pergi sekitar PD atau Teluk Kemang je...sekali tu tibe2 pula D nie ajk pergi JB.  Mumy dengan pantas la setuju....kuikuikui...   Percutian tak dirancang kami nie cuma sempat singgah di Sanrio Hello Kitty Town. Tempat dia kecil je.  2-3 jam dah abis pusing town ni.  Selain dari Hello Kitty Town dia ada Little Big Club.  So, anda boleh pilih salah satu atau kedua-dua sekali.  Harga untuk warganegara RM55 dan kanak-kanak juga RM55.  Bayi hingga 3 tahun tidak dikenekan cas.  Tapi kalau anda ada kad RHB dapat potongan 15% atau kad Mesra 10%.
Aqis mula-mula sampai cun dengan reben besar dia
Lokasi : Puteri Harbour, Nusajaya
Aktiviti-aktiviti bila anda berada disana.
1- Cookie Decoration
2- Medicure
3- Jewelry Making
4- Play Custume
5- Black Wonder
6- Hello Kitty House 
7- Hello Kitty Show
Cookie Decoration

Jewelry Making



Black Wonder
Hello Kitty House
Hello Kitty Show
Lepas abis pusing2 tu, anda dapat minuman percuma di LAT's place.  Disebabkan kami dah lapar, terus order makan je kt sane.  Tempatnya menarik. Dindingnya dipenuhi dengan lukisan karya daripada LAT.  Juga ada LCD di setiap dinding yang menayangkan kartun kampung boy.

Mumy, Daddy & Aqis was here
Aqis kepenatan.  Beza dengan yg baru sampai.
p/s : lepas nie nk serbu LEGO land pulak.  Tp tunggu Aqis dah besar skit baru syok.

Sunday, October 13, 2013

Tempat Makan Menarik di Melaka

Since mumy dah jd org Melaka skrg nie, ramai kawan2 yg bertanyakan tmpat makan best kt sni.  So, kat sini mumy nk kongsi kan tempat makan menarik di sekitar Melaka.

Sarapan Pagi,
Mee Tengkera @ "Mee Bodo"
 Lokasi : Tengkera. (Berdekatan dengan Masjid Tengkera)
Masa  : 8 pg - 10 pg
Mee ni sangat terkenal di kalangan org Melaka.  Ia dikenali sbg "mee bodo" Hj. Hassan kerana ia hanya mee semata-mata dan sambal, tp lazat jika dicampurkan dengan sedikit cuka @ kicap yg ada kt meja.  Walaupun begitu orang ramai sanggup beratur seawal pukul 7 pg di kedai ini.  Macam mana rasanya, jgn lupa snggah sarapan di sini nt.  Jangan lupa beratur dulu ambil telur goreng ye, nt waiter tak perasan yang korang tgh tunggu mee.  Harga mee RM1.50 dan telur goreng RM0.70 sen.

Minum Petang,
Kuih Keria Antarabangsa Hj. Jalil


Lokasi : Limbongan
Masa : 2 ptg - 7 ptg
Keistimewaan kuih ni, ia disira dengan gula melaka. Rasanya sangat lembut dan sedap.  Kuih keria Hj.Jalil ni dah sangat terkenal di kalangan orang Melaka.  Selain itu Hj. Jalil ni ada jual bakso yang rasanya mmg super sedap.

Klebang coconut shake
Lokasi : Klebang
Masa : 12.30 tgh hari - 6.30 ptg
Coconut shake nie pasti ramai dah tau.  Apa yang lainnya coconut shake klebang ni, sebab rasa coconut shake dia yang sangat kaw.  Aiskrim yang digunakan pun dari aiskrim wall's.  Rugi kalau dah sampai Melaka tapi tak singgah.  Harga kalau bungkus dengan aiskrim RM2.20 @ minum situ RM 1.80.


Cendol Jam Besar





Lokasi : Jalan Selat Melaka
Masa : 3 - 7 ptg
Lokasi berhadapan jam besar.  Sekarang mengadap hard rock cafe juga. Kalau anda nk ke jongker walk, akan nmpk la payung cendol ni.  Cendol durian dia paling terbaik sekali. Harga RM 1.80.


Makan Malam,

Asam Pedas Power
Lokasi : Bukit Cina
Masa : 7.30 mlm - 5 pg
Kalau datang Melaka tak cuba asam pedas memang tak lengkap la percutian anda.  Melaka terkenal dengan asam pedasnya.  Asam pedas power ni antara yg terkenal dan lain dari yang lain.  Asam pedas ni ada letak lada hitam dan rasanya sangat-sangat la pedas.  So, bg yang xboleh makan pedas mmg tak suggest ok.  Tp kalau yg suka pedas, jom cuba.  Memang terangkat, menangis2 la, jgn lupa bawak tisu lebih ye.

Asam Pedas Pokok Besar

Lokasi : Taman Kota Laksama
Masa : 5 ptg - 4 pg
Antara yang terkenal juga di sini.  Asam Pedas Pokok Besar @ Asam Pedas Hjh Mona.  Harganya sangat affordable dan juga sedap.  Port lepak menarik sebab dekat dengan bangar hilir.  Harga nasi + asam pedas sekitar RM 6- 7.

Ikan Bakar Kg. Serkam Pantai.
Lokasi : Serkam. (Medan selera Serkam Pantai)
Masa : 7 ptg - 11 mlm
Lokasi romantik dan tenang kalau makan ikan bakar kt sini.  Tempatnya sangat bersih dan banyak pilihan.