Monday, January 26, 2015

Percutian ke Ipoh

Percutian 2 hari 1 malam kami kali ini memang tak rancang langsung.  Main terjah je ke Perak.  Dalam perjalanan ke utara tu, kami pun google la tempat ape yang menarik kat negeri Perak ni yang jarang kita dengar (atau kitaorang je kot jarang dengar) huhu.  Disebabkan ade budak kecik, jadi kami pun pilih tempat yang senang kami nak handle budak tecik comel nih.  Kami pun pilih destinasi percutian ke Ipoh.

Perhentian pertama kami di Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah.  Kami masuk exit Gopeng dari Kuala Lumpur.










Selepas selesai kami di Kellie's Castle, kami pun terus menuju ke Ipoh.  Sampai di Ipoh, perut pun dah lapar.  Jadi kami pun terus cari nasi yang popular di Ipoh, iaitu nasi ganja @ nasi vanggey.  Lokasi terletak di Greentown Business Centre.



Perut dah kenyang, kami pun cari hotel berdekatan untuk berehat dahulu.

Kemudian kami ke Art Street yang terletak di Jalan Masjid.






Kalau pusing-pusing bandar Ipoh, ada banyak lagi lukisan mural di lorong-lorong bangunan lama.

Aktiviti malam pula kami ke Gerbang Malam.  Gerbang Malam ni sama konsep dia dengan "uptown" dan "downtown".  Lokasi dia terletak di Jalan Tahwil Azhar.







Selepas tu kami singgah di Taman Kanak-Kanak yang bersebelahan dengan Gerbang Malam.  Disini terkenal dengan popia basah dan satay endut.  Jadi kami pun tapau makanan sebelum balik ke hotel.  Rasanya memang sangat sedap.


Keesokkan pagi pula kami ke Memory Lane @ Pasar Lamlokin/pasar karat. Lokasi di Jalan Lim Bo Seng.






Kemudian kami sarapan di gerai Mee Daud Mat Jasak.  Tempat ini terkenal dengan mee kari dan mee kicapnya yang sedap.  Dan memang sangat sedap! Lokasi di Jalan Sultan Iskandar.





Aktiviti seterusnya kami ke Tambun.  Aktiviti bersuka ria di taman tema Lost World of Tambun.







Sebelum pulang ke KL, jangan lupa singgah ke Hentian Limau Tambun.  Beli sedikit buah tangan untuk keluarga dan juga signature anda ke Tambun gitu.

Gambar sumber dari google.