Bismillahirahmanirahim.
Masa berlalu pergi, tanpa peduli apa yang berlaku sebelum ini.
Bila melihat ke jendela, rasa kerdil diri ini.
Teringat masa lalu, teringat dosa-dosa lalu. betapa daif, hina, jahiliahnya diri ini. Ya Allah, ampunkan aku. Pada hamba-hambaMu yang pernah terguris dengan diri ini. Maafkan aku yang dulu dan yang sekarang. Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan ini, ruang untuk ku muhasabah diri, kekuatan, nikmat, rezeki, pengajaran, ilmu, pengalaman, berjumpa dengan orang-orang mulia supaya diri ini sentiasa berada di jalan yang lurus. Memang benar, aku tak dapat kembali ke masa lalu untuk perbetulkan kesilapan lalu. Tapi aku ada peluang mencipta masa depan yang baru. Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan yang diredhaiMu.