Sunday, March 6, 2016

Picisan

Bismillahirahmanirahim.

Masa berlalu pergi, tanpa peduli apa yang berlaku sebelum ini.
Bila melihat ke jendela, rasa kerdil diri ini.
Teringat masa lalu, teringat dosa-dosa lalu. betapa daif, hina, jahiliahnya diri ini. Ya Allah, ampunkan aku. Pada hamba-hambaMu yang pernah terguris dengan diri ini. Maafkan aku yang dulu dan yang sekarang. Terima kasih Allah kerana memberi kesempatan ini, ruang untuk ku muhasabah diri, kekuatan, nikmat, rezeki, pengajaran, ilmu, pengalaman, berjumpa dengan orang-orang mulia supaya diri ini sentiasa berada di jalan yang lurus. Memang benar, aku tak dapat kembali ke masa lalu untuk perbetulkan kesilapan lalu.  Tapi aku ada peluang mencipta masa depan yang baru.  Ya Allah, bimbinglah aku ke jalan yang diredhaiMu.


Saturday, August 22, 2015

Alhamdulillah

Dear Allah,

I just want to say THANK YOU for all that you gave to me and all i have. Kerana syurga itu bukannya murah.
I love you Allah.






Sunday, April 12, 2015

Resipi Kuey Teow Goreng

Rasanya dh lame sangat tak mengupdate resipi kat blog sendirini.  Harini mummy nak kongsi resipi kuey teow goreng versi mummy.

bahan-bahan :- (untuk 5 orang makan)

3 biji bawang merah (saiz kecil)
7 ulas bawang putih
1 sb cili giling
1 sb kicap pekat
2 sb kicap manis/masin
1 sb sos cili
8 ekor udang
1 paket bebola ikan
1 paket kuey teow
2 gengam tauge
daun kuchai
gula, garam dan seasoning (optional)

cara-cara :-
- kisar bawang putih & merah.

- tumis bawang kisar sehingga naik bau.
- masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak.
- masukkan pula udang sehingga keluar air udang.
- masukkan kicap pekat, kicap manis/masin & sos.
- gaul sehingga sebati.
- masukkan kuey teow, bebola ikan, tauge & daun kuchai.
- akhir sekali masukkan bahan perasa ikut selera masing-masing ye.
- kemudian siap. Sedia untuk ngap..hehe

Selamat mencuba. :-)

gambar terus dari kuali. tak sempat nak snap atas pingan.




Sunday, February 22, 2015

Majlis Harijadi Balqis ke-1 Tahun

Ok, hampir setahun berlalu.  Baru perasan tak update lagi majlis harijadi aqis tahun lepas.  Sorry ye sayang, mummy tak perasan.  huhuhu :-p
Tema harijadi aqis tahun lalu ialah wonderwomen.  Ni semua penangan cerita captain america.  Tapi sebab anak kami perempuan, jadi terpaksa la bertukar kepada wonderwoman.  Kemain gigih kami cari selendang bendera amerika, baju amerika bagai.  Tapi tak jumpa la, tak muat la.  Terpaksa la cari apa yang nampak mcm ikot tema.  Lepas habis majlis, kemain senang lagi jumpa bendalah-bendalah tersebut. Jom cuci mata tengok gambar majlis harijadi Balqis.

Tema : wonderwoman
Tarikh : 26 April 2014
Masa : 8 pm - 12 am
Lokasi : wangsa budi









p/s : tengah plan 2nd birthday untuk Aqis pula.

Monday, February 2, 2015

Freddo Street Ice-cream

Food review : Ais krim yang paling sedap di Ipoh ialah ais krim freddo.  Ia berada digerbang malam iaitu di Jalan Dato Tahwil Azhar.  Gerbang malam buka setiap malam dari pukul 9 malam - 1 tgh malam.  1st time datang ke Ipoh terpesona dengan cara mereka berniaga dan cara membuat ais krim.  Kalau tak silap nama ais krim ni ais krim goreng gulung.  Harga bagi ais krim pun sangat-sangatlah berpatutan.  Kalau singgah ke Ipoh, wajib tau cuba ais krim mereka.  Sangat sedap dan confirm tak menyesal.  Boleh add mereka di instagram freddo.ipoh