Monday, June 17, 2013

Resipi Bubur Lambuk

Sempena bulan Ramadhan yg bakal menjelma ni, tergerak pulak hati mummy nk cube buat bubur lambuk.  Idea nie dtg gara2 tgk masterchef selebriti lah.  Tak sangke pulak cubaan pertama ni jadi.  Cube bg encik suami rase bubur lambuk pertamaku (ceewah), encik suami ckp "sedap dan sebiji rase mcm beli kt luar."  Wah, kembang mak dengar nakk oii.... =D

Disebabkan bubur lambuk mummy nie menjadi, dengan sukacitanya mummy nk kongsi resipi bubur lambuk kt sini. Selamat mencuba.

ramuan :-

(hidangan untuk 30 org
BAHAN TUMIS :-
-kayu manis
-bunga lawang
-cengkih
-buah pelaga
-1 sudu teh ketumbar - (ditumbuk)
-1 sudu teh jintan manis - (ditumbuk)
-1 sudu teh jintan putih - (ditumbuk)
-1 1/2 sudu teh lada hitam - (ditumbuk)
-8 biji bawang kecil  - (dikisar)
-1 biji bawang putih - (dikisar)

BAHAN-BAHAN :-
-2 biji bawang besar ( digoreng )
-1 paket rempah sup / rempah kurma
-1 paket rempah kari
-600 liter santan
-1 ketul kiub ayam
-ayam / daging
-carot
-daun sup
-daun bawang
-minyak masak
-1 kg beras
-5 liter air (ikut pada citarasa masing nk pekat atau cair)
-gula dan garam secukup rasa.

cara-cara :-
- tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga sampai naik bau.
-kemudian tumis bahan2 penumis.
-masukkan beras dan air.  Tutup periuk.
-setelah nasi sudah sebati, masukkan kiub, garam, gula, carot, ayam.
-bila semua sudah empuk, masukkan sedikit bawang goreng yg ditumis serta sedikit daun bawang dan daun sup.
-bila sudah siap tabur kan lagi sedikit daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.

ade sedikit hangus bawang goreng tue..huhuhu..

p/s :- Ramadhan thn nie dah bertiga.. =D

resipi lain :
resipi kordial jus roselle
Puding Jagung
Nutella Cupcake
Aiskrim Homemade
Bubur Jagung

No comments: