Ini 2012 punye cerita...Maklumlah, skrg sudah fully housewife utk sementara waktu ni atas sebab2 tertentu, jd mumy ade byk mase nk update blog nih. Okay topik nie mumy cuma nk kongsi sikit idea nk bercuti ke Sabah bg yang br pertama kali jejak kaki ke sana. Mumy xde la byk pengalaman sgt ke sana, cume kongsi ape yg boleh dikongsi. Gambar2 xbyk dpt kongsi kan kt sini, bukan sensored ye tp handphone kne curi dan semua gambar hilang. Kamera xdok. Sedih! Nasib ade upload kt FB sikit. Ade jugak la gambarnye.
Actually nie kisah honeymoon mumy. Percutian tak lame pun 4 hari 3 mlm shj. Sblm ke sane mumy dh siap2 kan itenerary nk ke sane dari hari pertama hingga hari ke-4. Mumy tak booking hotel on9 tp mumy lebih suke walk in mane2 hotel atau homestay yg berdekatan. Bag-pack la org kate. Rs lebih adventure gitu. Nasib la suami dapat isteri kaki travel nie kan. Macam mne nk mula kan perjalanan, pertama mesti ade peta, ecehhh. Mumy google map dlu jalan nk ke sana. Sampai2 KK je terus ambik peta kt airport. Pki GPS pun boleh. Tp mumy nie kuno sikit lebih senang guna peta. Baik lah, kt bawah nie contoh rupe itenerary mumy. Check it out.
Day 1.
2.00pm - Sampai Airport KK, terus je sewa kereta.
3.00 pm - Destinasi pertama mumy pergi tempat paling jauh, iaitu ke Kundasang.
Tempat menarik di Kundasang
- Poring Hot Spring - RM3
- Ladang Teh Sabah - RM 3
- Desa Cattle Farm (Lembu New Zealand) RM 3
- Kundasang Strawberry
- Kinabalu Park (Mount Kinabalu) - Kinabalu National Park - RM 3
6.00 pm - Selamat sampi ke Kundasang. (3 jam perjalanan sbb bwk kete santai2)
Kat sane semua tempat dia buka pg pkl 9 pg sampai pkl 5 ptg. Kedai2 pun tutup awal, jd kami pun berehat mlm tu dan teruskan semua aktiviti di atas keesokkan harinya.
Poring Hot Spring
Ladang Teh Sabah
Day 2
Kami teruskan aktivi yg tertangguh semalam.
4 pm - Selesai semua aktivi kami pun turun ke KK semula.
Dalam perjalanan ke KK anda akan lalu Tamparuli. So, boleh la singgah kejap. Ape yg menarik kt sane :-
-Rumah Terbalik - RM 10
-Jambatan Gantung Tamparuli
|
Jambatan Gantung Tamparuli. |
Kalau anda ade ms panjang lg, boleh la singgah Kota Belud kejap. Lebih kurang 5 KM dari Tamparuli
7.00 pm - Sampi di KK. Kami jalan2 dulu di One Borneo terletak di Borneo Island. Berdekatan dengan UMS.
9.00 pm - Kami dinner seafood di tepi pantai ala2 candle light dinner di Pantai Tanjung Lipat, Likas
Day 3
Beach Time!!
9.00 am - Kami serbu ke Jesselton Point.
Di sana ade 3 pulau anda boleh pilih. 1 lagi pulau ke Labuan.
i - Pulau Sapi
ii- Pulau Manukan
iii - Pulau Mamutik
Harga ke sana tak salah RM17 utk setiap pulau. Kalau tanye mumy, pulau mne yg paling cantik, mestila Pulau Manukan. Di Manukan anda juga boleh sewa resort tp harganya sgtlah mahal. Tp kalau mampu apa salahnya. Jangan lupa bgtau org yg jaga bot tu jika anda merancang utk menginap di situ..nt tercari2 pulak dia. Dr Jesselton anda juga boleh ke Pulau Labuan. Kalau anda bercuti lama, boleh singgah ke sana. Berjalan di Labuan sehari dua. Tp bot ke sana 2 kali sehari je tau.
|
Jesselton Point |
|
|
|
|
|
|
|
Pasar Philippine |
8.00 pm - Kami dinner di pasar philippine. Sedap dan murah2 makanannya. Di situ juga anda boleh shopping pearl, souvenir seperti barang2 kraftangan atau makanan. Abis shoping kami pun pusing2 area berdekatan, terjumpa satu pasar mlm yg jual PEARL shj dengan harga 2x ganda MURAH dari pasar philippine. Tak ingat name jalan, ms tu dah penat sgt. So, rajin2 la ronda sane ye.
Day 4
Hari terakhir kami di Sabah. Mumy mmg saje beli tiket paling last sekali. So, kesempatan yg ada kami jalan2 pula sekitar bandar KK. Disana ada : -
- Muzium Sabah
- Herritage Village
- Sabah Art Gallery
- Masjid Negeri
- Suria Sabah
|
Muzium Sabah |
Sebabkan banyak lagi masa nk tgu flight, kami berjalan hingga ke Penampang. Wrap kami dinner di Tanjung Aru. Dinner tepi pantai lagi skali sblm balik. Ayat D sblm check in, " i rs mcm nk stay sini lagi seminggu la, boleh x?". See, sangat best ok bercuti kt Sabah.
P/S : - kalau anda cuti panjang kt sane boleh la pergi Sandakan, jarak dari Kundasang ke Sandakan lebih kurang KL - JB. Selamat bercuti.