Monday, February 17, 2014

Info bedung bayi.

Bagi ibu yg baru pertama kali melahirkan ank dan menjaga bayi sendiri pasti tertanya2 perlu ke bedungkan bayi?  Kalau orang tua2 cakap kalau tak bedung nanti kaki pengkang dan sebagainya.

Baiklah, tujuan membedong bayi adalah untuk memberi rasa selesa untuk tubuh bayi agar tubuhnya berasa hangat.  Secara logiknya, bayi akan rasa seperti dipeluk atau berasa seperti berada dalam rahim.  Ia membantu bayi tidur dgn lena & mengurangkan rasa terkejut.  Pada usia 1-2 bulan, kesan terkejut akan berkurang dgn sendirinya.  Dari kajian universiti di Amerika, bayi yg dibedung tidur lebih byk drpd yg tidak dibedung.  Lebih lama bayi anda tidur, lebih sihat perkembanganya.

Berkenaan isu jika tidak dibedung, kaki bayi  jd pengkau.  Pada dasarnya, semua bayi baru lahir kakinya kelihatan seperti huruf O.  Hal ini normal dan akan berterusan sehinggan bayi mencapai usia 3 tahun.  Memasuki 3-6 tahun kakinya kelihatan seperti huruf X dan 6 thn ke atas barulah kakinya kelihatan lurus dgn sendiri.

Bayi tidak harus dibedung secara kuat dan ketat.  Ia membuatkan bayi sukar bernafas & kepanasan.  Akibatnya bayi boleh terkena pneumonia dan jangkitan pernafasan akut yg lain.  Pneumonia terjadi kerana terdapat jangkitan pada salur pernafasan disebabkanoleh paru-paru tidak dapat berkembang dengan sempurna ketika bernafas.

Jd, gunakan bedung yg nipis tetapi cukup hangat utk bayi.  Jgn berlapis2 & jgn memaksanya jika bayi anda tidak suka.  Cukup membiarkan tangannya tidak dibedong agar bayi bebas bergerak.  Hindari membedung hingga ke bahu krn akan menganggu pernafasannya.  Selain itu bedung juga memudahkan bg ibu menyusukan bayi mereka.

kaki bayi bentuk O.  Aqis umur 7 bulan.
P/s :- fakta org dulu2 apa yg boleh terima, ambil.  Apa yg tak boleh jgn ikut.   Demi kesihatan anak kita.  Mumy sgt ambil peduli.

No comments: