Dear Allah,
I just want to say THANK YOU for all that you gave to me and all i have. Kerana syurga itu bukannya murah.
I love you Allah.
Saturday, August 22, 2015
Sunday, April 12, 2015
Resipi Kuey Teow Goreng
Rasanya dh lame sangat tak mengupdate resipi kat blog sendirini. Harini mummy nak kongsi resipi kuey teow goreng versi mummy.
bahan-bahan :- (untuk 5 orang makan)
3 biji bawang merah (saiz kecil)
7 ulas bawang putih
1 sb cili giling
1 sb kicap pekat
2 sb kicap manis/masin
1 sb sos cili
8 ekor udang
1 paket bebola ikan
1 paket kuey teow
2 gengam tauge
daun kuchai
gula, garam dan seasoning (optional)
cara-cara :-
- kisar bawang putih & merah.
- tumis bawang kisar sehingga naik bau.
- masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak.
- masukkan pula udang sehingga keluar air udang.
- masukkan kicap pekat, kicap manis/masin & sos.
- gaul sehingga sebati.
- masukkan kuey teow, bebola ikan, tauge & daun kuchai.
- akhir sekali masukkan bahan perasa ikut selera masing-masing ye.
- kemudian siap. Sedia untuk ngap..hehe
Selamat mencuba. :-)

gambar terus dari kuali. tak sempat nak snap atas pingan. |
Sunday, February 22, 2015
Majlis Harijadi Balqis ke-1 Tahun
Ok, hampir setahun berlalu. Baru perasan tak update lagi majlis harijadi aqis tahun lepas. Sorry ye sayang, mummy tak perasan. huhuhu :-p
Tema harijadi aqis tahun lalu ialah wonderwomen. Ni semua penangan cerita captain america. Tapi sebab anak kami perempuan, jadi terpaksa la bertukar kepada wonderwoman. Kemain gigih kami cari selendang bendera amerika, baju amerika bagai. Tapi tak jumpa la, tak muat la. Terpaksa la cari apa yang nampak mcm ikot tema. Lepas habis majlis, kemain senang lagi jumpa bendalah-bendalah tersebut. Jom cuci mata tengok gambar majlis harijadi Balqis.
Tema : wonderwoman
Tarikh : 26 April 2014
Masa : 8 pm - 12 am
Lokasi : wangsa budi
p/s : tengah plan 2nd birthday untuk Aqis pula.

Monday, February 2, 2015
Freddo Street Ice-cream
Food review : Ais krim yang paling sedap di Ipoh ialah ais krim freddo. Ia berada digerbang malam iaitu di Jalan Dato Tahwil Azhar. Gerbang malam buka setiap malam dari pukul 9 malam - 1 tgh malam. 1st time datang ke Ipoh terpesona dengan cara mereka berniaga dan cara membuat ais krim. Kalau tak silap nama ais krim ni ais krim goreng gulung. Harga bagi ais krim pun sangat-sangatlah berpatutan. Kalau singgah ke Ipoh, wajib tau cuba ais krim mereka. Sangat sedap dan confirm tak menyesal. Boleh add mereka di instagram freddo.ipoh
Monday, January 26, 2015
Percutian ke Ipoh
Percutian 2 hari 1 malam kami kali ini memang tak rancang langsung. Main terjah je ke Perak. Dalam perjalanan ke utara tu, kami pun google la tempat ape yang menarik kat negeri Perak ni yang jarang kita dengar (atau kitaorang je kot jarang dengar) huhu. Disebabkan ade budak kecik, jadi kami pun pilih tempat yang senang kami nak handle budak tecik comel nih. Kami pun pilih destinasi percutian ke Ipoh.
Perhentian pertama kami di Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah. Kami masuk exit Gopeng dari Kuala Lumpur.
Selepas selesai kami di Kellie's Castle, kami pun terus menuju ke Ipoh. Sampai di Ipoh, perut pun dah lapar. Jadi kami pun terus cari nasi yang popular di Ipoh, iaitu nasi ganja @ nasi vanggey. Lokasi terletak di Greentown Business Centre.
Perut dah kenyang, kami pun cari hotel berdekatan untuk berehat dahulu.
Kemudian kami ke Art Street yang terletak di Jalan Masjid.
Kalau pusing-pusing bandar Ipoh, ada banyak lagi lukisan mural di lorong-lorong bangunan lama.
Aktiviti malam pula kami ke Gerbang Malam. Gerbang Malam ni sama konsep dia dengan "uptown" dan "downtown". Lokasi dia terletak di Jalan Tahwil Azhar.
Selepas tu kami singgah di Taman Kanak-Kanak yang bersebelahan dengan Gerbang Malam. Disini terkenal dengan popia basah dan satay endut. Jadi kami pun tapau makanan sebelum balik ke hotel. Rasanya memang sangat sedap.
Keesokkan pagi pula kami ke Memory Lane @ Pasar Lamlokin/pasar karat. Lokasi di Jalan Lim Bo Seng.
Kemudian kami sarapan di gerai Mee Daud Mat Jasak. Tempat ini terkenal dengan mee kari dan mee kicapnya yang sedap. Dan memang sangat sedap! Lokasi di Jalan Sultan Iskandar.
Aktiviti seterusnya kami ke Tambun. Aktiviti bersuka ria di taman tema Lost World of Tambun.
Sebelum pulang ke KL, jangan lupa singgah ke Hentian Limau Tambun. Beli sedikit buah tangan untuk keluarga dan juga signature anda ke Tambun gitu.

Gambar sumber dari google. |
Subscribe to:
Posts (Atom)