Monday, April 7, 2014

Operasi Membuang Lemak Berlebihan

Sudah hampir setahun bersalin baru ade semanggat nk kuruskan badan.  Dulu sebelum mengandung berat 62 kg.  Berat sebelum bersalin 94 kg.  Mak oii, beratnye. Ms tu tak heran lgsg pasal berat ni.  Sbb dgr cite ms dlm pantang kalau jaga mkn betul2 dan berurut senang turun blk.  Hmm, nmpk gayanya gagal nk kurus ms dlm hari.  Bj2 pulak satu helai pun xmuat kecuali bj mengandung.  Terpakse pulak beli bj baru.  Tp dok pk kang dh beli byk2, lgsg xnk kurus.  Terpaksala rotate bj sama sampai bosan.

So, mummy cr altenatif lain nk kurus, iaitu mkn pil kurus.  Pil tu buat kita tak selera mkn.   Berat selepas berpantang 85 kg dan berat last turun selepas makan pil 74 kg.  Tp masih overweight lg.  Kawan2 cadangkan buat workout.  Bukan tak nk workout ms tu, niat dihati mmg nk workout.  Tp tak tau knp penat lepas bersalin tu tak hilang lg.  Lepas stop pil kurus, dtg blk selera mkn.  Naik semula 78 kg dan maintain hingga skrg.

Susah bdn besar ni, cr bj ssh, rs tak yakin diri, rs serba tak kene je.  Since skrg ni Aqis tak byk kerenah, dan sudah rehat secukupnya, terus semangat nk berazam baru turunkan berat badan sekurang2 nya muat baju lama sudah mencukupi.

Jeles tgk ibu2 lain berjaya turunkan berat bdn selepas bersalin.  Kalau mereka boleh, knp kite tak boleh ye tak. Cayokk syikin, you can do it.

Dear my cutie sport shoe, please be nice to me ok.  I need your support.




Sunday, April 6, 2014

Susu Enfalac A+

Ramai tegur mummy, Aqis ni gebu gabas ni minum susu ibu ke? Lahir dulu besar ke? Haaa..untuk pengetahuan ibu-ibu sekalian atau yang sedang mencari pendapat susu formula terbaik untuk anak, rahsia mummy susu enfalac A+.  Sebelum ni ada juga cuba susu lain.  Masa Aqis baru lahir guna susu S26 Gold dengan S26 biasa.  Tp Aqis minum sikit sangat dan sembelit.  Jd ada yg cadangkan mummy tukar susu.  Masa tu mmg pening cari susu yg sesuai, cari pendapat kt internet dan kawan-kawan pun buntu juga.  Sebabkan waktu itu Aqis tengah demam kuning lama dan tak baik2, jd kami bercadang ambil susu paling mahal iaitu enfalac A+.  Ada je yg lagi mahal, tp byk pendapat enfalac ni yg terbaik.  Doktor check-up Aqis pun setuju pilih enfalac walaupun hakikat susu di hospital tu menggunakan S26.

Alhamdulillah, lepas minum enfalac, Aqis langsung tak sembelit dan lepas tu cepat je kuning dia turun.  Lepas kuning sudah beransur pulih, mummy baru perasan yg susu enfalac ni ada bau yg tak best.  Bau dia buat kita rs nk muntah.  Dalam hati ms tu kesian ank aku minum susu ni.  Jd cadang nk tkr susu lain.  Mungkin sbb Aqis bayi lg, tak de pulak dia memilih tak nk minum susu baru. Tak tau la kalau bayi lain ade yg memilih.  Susu kemudian ni mummy beli similac.  Lepas Aqis minum, sembelit sampai 4 hari dan kalau tak buang air besar hari ke-5 mmg nk bawak jumpa doktor.  Alhamdulillah, Aqis buang air besar lps niat tu, tp najis dia sangat sedikit, keras dan warna hijau gelap.  Terus hentikan susu similac, dan tukar enfalac A+ semula.  Lepas tu tak berani nk cuba2 lg dah.

Pasal bau tu, kalau buat susu dan terus kasi minum dia tak berbau tp kalau dh buat siap2 lepas tu biarkan 20 minit ke 1 jam mmg dia jd berbau.  Tp itu untuk step 1 shj.  Tak tahu la kalau skrg dia dh improve utk mslh bau ke tak.  Tp utk step 2 dh xde mslh bau lg.  Step 3 bakal mencuba.  Nt dh cuba mummy edit yg part step 3. Budget utk susu ni agak koyak rabak juga lah, tp demi anak sendiri ku gagahkan juga.

Sejak minum susu ni badan Aqis semangat nye oii smpi skrg, mmg tak larat nk dukung lama2. Org tengok pun geram je.  Tulah rahsia badan Aqis gebu gebas.  Oh ya, susu enfalac A+ juga tak manis.  Tawar je mcm susu ibu.  Mummy dh rasa.

p/s: Ini hanya pendapat peribadi shj. Walau mcm mana pun, susu ibu tetap pilihan terbaik.


Saya enfamama.  Anda bagaimana?




Saturday, April 5, 2014

Resipi Kari Dhal Daging

Lame sgt dah tak mkn lauk dhal ni.  Lagi-lagi masakan ibu sendiri.  Disebabkan request anak dia yg teringin bebenor mkn dhal ni, mak ioll masakan lauk dhal harini.  Ok jom kite tgk ape resipi dia.

Bahan-bahan :

(bahan A)
- 2 ketul terung
- 7 batang kacang panjang
- 2 biji lada hijau
- 2 biji cili merah
- 2 biji tomato
- 1 batang carrot
- 2 biji kentang
(potong kecil semua bahan A)

(bahan B)
- 1 kg daging
- 100 g kacang dhal
(2 bahan ni direbus dahulu hingga empuk)

(bahan C)
- 1 labu bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 cm halia
- 1 tangkai daun kari
- rempah (kayu manis, bunga lawang)
- 1 paket rempah kari
- 1 biji santan
- air
- garam (perasa)
- 1 hiris asam keping (optional)

cara-cara :
- rebus dahulu bahan B hingga empuk.
- periuk lain, tumis bahan perencah (bawang & halia) beserta rempah.
- setelah naik bau masukkan daging & yg sudah empuk bersama air rebusan.
- masukkan kentang dan carrot.
- tunggu hingga kentang hampir empuk, masukkan rempah kari, tomato, daun kari dan air jika perlu.
- setelah semua sebati, masukkan baki kesemua bahan2 A dan santan.
- tambahkan perasa ikut selera anda.
- jika nak masam lagi boleh la tambah asam keping.


Tuesday, April 1, 2014

Resipi Spegetti Bolognese

Dah lame rasanya tak buat spegetti.  Harini kite kongsi-kongsi resipi kegemaran ramai orang.

Bahan-bahan :

2 biji tomato (cincang halus)
1 labu bawang besar (cincang halus)
7 ulas bawang putih (potong dadu)
1 cawan kecil susu segar ( optional)
1 paket daging/ayam kisar
1 gelas air
2 senduk cili boh (jika suka pedas)
2 sb serbuk daun oregano
2 sb italian mix
3 sb sos cili
1 tin tomato puri
1 biji carrot
10 biji fish ball/hotdog
7 biji cendawan butang
minyak sebagai penumis
garam & gula secukup rasa

lain-lain :
1 paket spegetti
1/2 periuk air
1 sb minyak (optional)

Cara-cara :
- tumis bahan yg dicincang halus sehingga kekuningan.
- masukkan ayam/daging.  biar seketika, kemudian masukkan susu segar jika ada.      masukkan susu untuk cukup2 meresap pada daging shj.
- sesudah daging masak, masukkan tomato, carrot air dan tomato puri.  renehkan sehingga tomato sebati dgn kuah.
- masukkan sos cili serta perasa bersama serbuk oregano & italian mix.
- bila sudah hampir masak, masukkan cendawan dan fish ball/hotdog.