Tuesday, March 25, 2014

Resipi Samosa Daging

Minum petang ni rasa nk makan popia.  Ingat nk buat popia ketam.  Sekali isi ketam sudah abis daaaaa, tinggal daging burger je.  So, kite masak ape je yg ade dlm peti ais ye.  Kalau daging sedap kalau buat samosa.  Jd kite buat samosa lah ye.  Check it out.

bahan-bahan :-

isi popia
- 1/4 biji sengkuang
- 1/2 biji carrot
- 1 keping daging burger (cincang halus)
- 2 sudu teh serbuk lada sulah
- 2 sudu teh serbuk lada hitam.
- 1/2 labu bawang besar ( cincang halus)
- 2 ulas bawang putih (cincang halus)
- garam secukup rasa.

bahan lain :
- kulit popia
- air (untuk lekatkan kulit popia)

cara-cara :-

- sagat sengkuang dan carrot.
- campurkan daging, bawang besar & putih yg dicincang.
- gaul hingga sebati, kemudian masukkan serbuk lada sulah serta lada hitam bersama sedikit garam secukup rasa.
- balut isi popia tadi bersama kulit popia.
- potong kulit popia kepada 3 bhg.  Kemudian buat bentuk 3 segi.  Sapu sikit air bagi lekatkan kulit dia.
- sudah siap balut semua isi popia td, bolehlah mengoreng.  Siap.




Monday, March 17, 2014

Resipi Asam Pedas Ikan Mayung

Kalau sebut ikan mayung mesti tau orang yg masak dari negeri mane.  Ini resipi asam pedas original Muar yg diturunkan dari ibundaku yg tercinta.  Kalau kt rumah mak tu, masak je ikan mayung ni, confirm licin.  Especially bahagian kepala ikan, berebut-rebut.  Ok, berbalik semula pada tajuk asam pedas muar ni.  Harini mummy nk kongsi resipi asam pedas muar ibunda.  Check it out.

bahan-bahan:
- 1 ekor ikan mayung
- 30 tangkai cili kering
- 1 inci halia
- 3 ulas kunyit hidup (yg kecil)
- 1 labu bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- 1 ikat daun kesum
- asam jawa
- garam & gula secukup rasa

cara-cara:
- kisar cili kering, halia, kunyit, bawang putih & merah.
- tumis bahan yg sudah dikisar sehingga pecah minyak.
- masukkan air asam jawa serta perasa dan ikan mayung.
- selang beberapa minit masukkan daun kesum.  Biarkan sehingga masak.


Sunday, March 16, 2014

Resipi Spegetti Alio Olio

Petang hari minggu ni seronok skali skala lepak dalam rumah je.  Lagi pun hujan rahmat seharian di Melaka ni (tak tau la kalau tempat lain pun same, tak tgk berita ramalan cuaca harini).   D pula hari ni request tak nak makan nasi, nk spegetti.  So, mummy masak ape yg ade je la.

Bahan-bahan :
1/2 peket spegetti
6 ekor udang segar @ kupang @ sotong
6 ulas bawang putih (dicincang halus)
1 sb cili kisar (nk pedas lebihkan sikit)
1/2 st serbuk lada hitam
4 sb minyak zaiton / minyak masak
garam secukup rasa

cara-cara:
- rebus spegetti sehingga masak.
- panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga warnanya perang.
- masukkan cili kisar & serbuk lada hitam.
- masukkan spegetti, gaul hingga rata kemudian masukkan garam.
- bila semua sudah rata, masukkan udang atau apa saja jenis seafood anda suka.  Siap.





Thursday, March 13, 2014

Resipi Tomyam ala Thai

Petang tadi mak ioll request nk makan tomyam.  Si ayah pulak harini malas nk keluar pergi kedai sebab jerebu.  Ok, ioll pun volunteer la masakkan tomyam utk mak.  Tomyam ni rs dia ala-ala kedai awe thai tu.  So, bahan-bahannya :

Pes Tomyam

- 2 tangkai cili merah
- 8 tangkai cili kering
- 2 inci lengkuas
- sebesar ibu jari belacan bakar
- 5 helai daun limau purut (dibuang urat)
- 2 batang serai
- 1 biji perahan air limau
- 2 labu bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 biji tomato
- 5 sudu teh sos ikan
- asam jawa
- garam & gula

Cara-cara :
- blend semua bahan-bahan hingga lumat.
- Tumis atas kuali dengan minyak masak hingga bahan-bahan kering seperti pes.

Tomyam

- 1 labu bawang besar
- 6 ulas bawang putih
- sotong
- 3 ketul ayam
- 1 batang carrot
- 1 batang saleri
- 7 batang cili thailand
- bunga kobis
- daun ketumbar
- 2 biji tomato
- 4 sudu pes tomyam
- 1 inci lengkuas
- 3 batang serai
- 5 helai daun limau purut
- 3 biji air limau nipis
- garam & gula secukup rasa

cara-cara :
- panaskan air bersama ayam yg dipotong kecil.
- masukkan carrot yg dipoyong kecil.
- masukkan lengkuas yg diketuk bersama akar daun ketumbar dan biarkan seketika.
- masukkan pes tomyam bersama seeai & daun limau purut.
- masukkan serentak bawang besar dipotong memanjang, bawang putih diketuk, cili padi diketuk, bunga kobis dipotong kecil & sotong.
- bila sotong hampir masak, masukkan garam, gula bersama saleri & daun ketumbar.  Tutup api.
-** additional shj, kalau nk pekat sikit letak susu cair.

****gambar akan diupload nt.  Lepas siap terus solat td, nk ambik gambar, tp tomyam dh tinggal ciput utk ioll mkn. adeh.


p/s:- bahan2 diatas benda asas, kalau nk tambah daging ke ketam ke terpulang pd kreativiti masing2.

Mee Wantan Dengan Ayam BBQ

resipi ni ambik dari kongsi resipi.  Rasa dia memang sama dengan makan dikedai.  Cume nk sediakan bahan dia memang leceh sikit.  Nk senang, pergi kedai lepas tu order, siap terus ngap.  Tp sebab saje-saje nk cube, azam diteruskan.  Baiklah bahan-bahan seperti dibawah :-

Wantan

- 2 ketul isi ayam
- 3 sudu makan stok ayam
- 1/2 labu bawang merah besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 biji carrot australia. (saiz sederhana)
- 3 biji cendawan shitake
- 2 helai daun bawang
- 1 sudu teh lada sulah
- 1 sudu teh lada hitam
- 3 sudu teh minyak bijan
- 5 sudu makan tepung
- garam secukupnya
- kulit wantan

cara-cara :
- blend kesemua bahan diatas kecuali kulit wantan.
- setelah semua hancur, buat bentuk wantan dengan kulit wantan.
- goreng menggunakan kaedah deep fried atau rebus dalam sup pun boleh.

Ayam BBQ

- 3 ketul ayam dipotong melintang (bahagian isi atau thigh)
- 1 inci halia
- 1 hirisan asam keping
- 1 sudu teh kicap pekat
- 1 sudu teh kicap cair
- 1 sudu teh sos tiram
- 1 sudu teh minyak bijan
- 1 sudu teh madu

cara-cara :
- rebus ayam bersama halia dan asam keping
- setelah masak, keluarkan ayam dan perap selama 5 minit.
- kemudian goreng sekejap dengan sedikit minyak untuk moistkan ayam.
- lebihan air rebusan ayam boleh dijadikan stok ayam dan sup.

Sup

- 2 sudu besar bawang goreng
- 2 helai daun bawang dihiris
- stok ayam
- garam secukupnya

cara-cara :
- air rebusan ayam tadi dipanaskan, keluarkan asam keping dan halia.
- masukkan bawang goreng, garam & hirisan daun bawang.
- boleh masukkan dim sum jika mahu.

Jeruk Cili

- 7 tangkai cili padi thailand / 5 tangkaicili hijau
- 8 sudu makan cuka

cara-cara :
- potong cili halus-halus.
- kemudian rendam dalam cuka.
- sebenarnya jeruk cili ni dibuat sehari awal atau beberapa jam awal, tp mummy suka dia separuh jeruk separuh fresh.

Mee Wantan

- 2 gulung mee wantan
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu teh sos kicap pekat
- 1 sudu teh sos kicap cair
- 2 sudu teh minyak bijan
- 2 sudu makan minyak untuk menumis
- secubit garam (jika perlu sebab kicap dah masin)

cara-cara :
- cincang sehingga lumat bawang putih tumis hingga naik bau.
- masukkan bahan-bahan kecuali minyak bijan.
- setelah sebati, tutup api dapur kemudian baru masukkan minyak bijan.

Hiasan (additional)

- 6 tangkai sayur sawi (ambil daun shj)
- 1 ketul kecil ayam

cara-cara :
- rebus sayur sawi hingga warna hijau kelihatan segar dan keluarkan (separuh masak)
- rebus isi ayam, isinya disiat halus.
- kemudian hias pada makanan anda.


Ni ioll punye mee wantan.  Takde hiasan sebab D tak suka sawi, sekian.

Tuesday, March 11, 2014

Penang White Curry dengan Pes Cili

Lately ni tekak nk mkn mee je.  Tak kisah la ape jenis mee, bihun ke yee mee ke kuey teow ke, pasta ke.  Tak diet ye jauh skali preggy.  Tekak yg mengidam.  So, mummy pun mulakan misi pencarian barang.  Lepas dh puas pilih barang basah, sampai la pula ke bhg mee.  Tgh2 scan mee yg ada tu, kebetulan ade aunty sebelah mummy nie pun same tgh dok mencari mee yg di idamkan.  Lepas dia dh jmpa barang dicari tu, tiba2 dia tegur mummy.  "U cubalah mee Penang kari ni.  Sangat sedap.  Tp mahal sikit la harga dlm 6 ringgit lebih, biasa mee 4 ringgit lebih."  Sambil mummy belek2 mee tersebut,   "Kawan2 cina, melayu I sume sebuk cari mee ni.  Ada logo halal, U org melayu mesti mau cari tu logo halal.  Cubalah.  Famous tau."  Disebabkan clueless nk mkn mee ape, aunty tu dh berjaya menghasut mummy.  Terdetik rs nk cuba.  Jd mummy beli la. Ade 4 paket je, dalam satu bungkus tu.  Padan la dia kate mahal.  Balik rumah terus masak mee tu, mmg sedap.  Rs hampir sama dengan mee kari di kopitiam.   Sebab tu la aunty tu kate sedap.  Kalau dapat tambah isi ayam dgn sayur mesti lg sedap.  Tak payah lg pergi kopitiam lg order mee kari.  Boleh buat sendiri kt rumah dan hanya dlm ms 2 minit shj.


ni contoh packaging mee tersebut

Friday, March 7, 2014

Resipi Asam Pedas Melaka

Asam pedas nie ade macam-macam version.  Kalau ke Johor rasa lain, kalau ke Melaka rasa dia pekat sikit.  Disebabkan mak mummy orang Johor, byk bebenor pulak version dia, lain ikan lain bahan-bahan dia.  Kalau tanya resipi masa dolu-dolu tu ingat le..kalau tanya skrg, dh hilang ingatan pula resipi dia.  Dapat pula suami org Melaka, nak pula makan asam pedas Melaka je, asam pedas lain sume tak kene selera dia.  So, mummy pun cuba2 lah belajar masak asam pedas Melaka nie, mmg takde macam2 version ye, sume ikan boleh. 

Bahan-bahan  :-
(bahan A untuk menumis)
1 labu bawang merah* (* kisar hingga lumat)
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
1 inci belacan* (lebih kurang besar ibu jari)
20 tangkai cili kering*
10 tangkai cili padi*
1 st lada hitam (ditumbuk sehingga halus)
1/2 st biji sawi
1/2 st halba
1/2 st jintan putih
1/2 st jintan manis

 (bahan B)
3 senduk minyak masak
1 1/2 st serbuk kari
1 1/2 st serbuk kunyit
2 sb asam jawa
4 ekor ikan kembong
5 biji bendi/terung
1 biji tomato (potong 4)
2 batang serai
2 biji limau nipis
2 keping asam keping (additional)
garam & perasa secukup rasa

cara-cara :-
- Panaskan minyak masak.
- Tumis biji sawi, halba, lada hitam, jintan putih & manis.
- Kemudian tumis bahan yang sudah dikisar tadi.
- Tumis sehingga cili masak.
- Masukkan air asam jawa dan air limau nipis
- Masukkan serbuk kari, kunyit, tomato yang dipotong 4 bhg & garam serta bahan perasa.
- Setelah sebati, masukkan ikan kembong.
- Biarkan dalam 1 minit, ketukkan serai, dan masukan serai pula.
- Bila ikan hampir masak, masukkan bendi.
- Biarkan sehingga ikan & bendi masak.
- Siap.








Wednesday, March 5, 2014

Resipi Macaroni Kari Goreng

Resipi ni dapat dari ex-opismate mummy.  Dia masak macaroni ni semperna deepavali potluck dulu.  Mmg sedap habis.  Mummy mkn berpinggan-pinggan.  Kebetulan hari ni tak nak mkn nasi kononnye diet kan.  So, kite msk macaroni la ye harini.

bahan-bahan :-

250 g macaroni
isi ayam dipotong dadu
1 ketul fishcake / fishball
1 biji tomato
5 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)
4 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 batang carrot di potong dadu (kwn mummy letak mixed vege)
2 sb serbuk kari
3 sb sos tomato
garam & gula secukup rasa

cara-cara:-

-Kisar bawang putih, merah, cili kering yang sudah direbus & tomato.
-rebus macaroni bersama carrot sehingga masak.
-Tumis bahan yg dikisar tadi bersama cili kisar.
-Bila bahan tumis sudah naik bau masukkan ayam dan fishcake sehingga masak.
-Kemudian masukkan sos cili, serbuk kari serta garam & gula.
-Bila sudah mengelegak baru masukkan macaroni & carrot yg sudah direbus td.
-Gaulkan sehingga sebati.  Siap.

Tadaaa..masak satu kuali dari breakfast smpi dinner.

Saturday, March 1, 2014

Resipi kordial jus roselle

Musim panas ni mesti best kalau minum sesuatu yg menyegarkan.  Semalam kawan MIL beri satu beg plastik bunga roselle.  So, MIL suruh mummy buat jus dan baki dia buat jem.  Dengan pantas mummy pergi dapur bersihkan bunga roselle.

bahan-bahan :-
50 kuntum bunga roselle
1 kg gula pasir
7 liter air.

Langkah 1
buang biji bunga roselle & bersihkan

Langkah 2 :

rebuskan bunga roselle bersama gula sehingga mengelegak.

Langkah 3 :
Dah siap.  Biarkan semalaman bersama bunga roselle supaya ia pekat

Resipi Jem Roselle

- Bunga roselle td yg sudah dibuat air,blenderkan sehingga betul2 hancur.  Masak atas periuk sehingga kering.  Mummy tak letak gula sebab ambil sikit dari air kordial.  Boleh masukkan sikit tepung jagung.  Siap.